Saturday, May 3, 2014

Penjagaan Kulit Berjerawat

Salam sayang untuk semua wanita-wanita di luar sana, kali ni entri SSS adalah berkenaan set produk Penjagaan Kulit Berjerawat iaitu Set Acne-Prone Skin Solution. 

JOM ATASI MASALAH AKNE ANDA DENGAN ACNE-prone Skin Solution.

Fakta untuk anda: (sumber daripada Marykayintouch.com.my)

Sesiapa sahaja yang menghidap akne ringan hingga sederhana boleh menggunakan Mary Kay® System for Acne- Prone Skin. Walaupun sasaran utamanya ialah wanita, Mary Kay telah menjalankan kajian klinikal ke atas remaja. Apabila ia digunakan seperti yang disyorkan, hasil kajian selama 12 minggu menunjukkan bahawa adalah sama seperti yang disaksikan pada kajian ke atas orang dewasa. Apabila lelaki menggunakan produk ini dalam satu kajian pengguna, mereka juga turut mengalami faedah yang sama.

Dirumus dengan 2% asid salisilik, produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan daki terperangkap, membantu membersihkan kecelaan akne dan mengawal minyak berlebihan. Semua produk ini mengandungi bahan botani seperti Canadian willowherb, sea heather dan burdock root. 

Akne berpunca daripada satu rangkaian peristiwa. Untuk memastikan kulit bersih dan bebas daripada akne, kitaran ini perlu dikendalikan, dan Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk :

  Ia memastikan pori tidak tersumbat.

Apabila minyak dihasilkan, ia mengembara ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. Tetapi dalam kes kulit yang mudah diserang akne, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori, memerangkap minyak di dalamnya. Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati di permukaan daripada pori.

  Ia membantu mengurangkan minyak berlebihan.

Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit. Sementara sejumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak berlebihan boleh menyumbat pori. Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk membantu menanggalkan minyak berlebihan. 


No comments:

Post a Comment

Tempah Kelas Penjagaan Kulit & Mekap Asas Anda Disini

Nama
Alamat Emel/Facebook (Jika Ada)
No. Tel/Hp
Tempahan tarikh kelas
Alamat
Masalah kulit anda
Produk yang ingin dicuba

Get your own free form like this one.